Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (1964) sebagai badan berkanun dan agen pembangunan bagi negeri Selangor.
Penubuhannya bertujuan untuk mempertahankan kemerdekaan negara melalui kesaksamaan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio ekonomi yang berpandukan dasar kerajaan demi mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial, khususnya bagi negeri Selangor.
Aspirasi ini dapat dicapai melalui pembangunan pusat pertumbuhan baharu, penerokaan kawasan kediaman yang bertenaga dan mampan, dan pembangunan pusat industri dan perniagaan serta pelbagai aktiviti pelaburan yang dilaksanakan.
Demi mencapai kelestarian masa depan, ibu pejabat baharu, iaitu Laman PKNS telah dibina sebagai tanda tempat yang ikonik dan merupakan lambang kemajuan dan sifat dinamik yang diterjemahkan melalui penggunaan tenaga yang lebih cekap berbanding dengan pejabat konvensional. Reka bentuknya memenuhi syarat Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan seni binanya juga dipadankan dengan ketenangan tasik Shah Alam.
Visi
Membina komuniti, memperkasa kehidupan.. Merealisasikan impian
Misi
- Inovasi berterusan
- Khidmat melangkaui jangkaan
- Khidmat melangkaui jangkaan
Nilai yang Dikongsi
Pelanggan Diutamakan
Customer First
- Menyantuni dengan prihatin
- Penyampaian khidmat melangkaui jangkaan
- Pelanggan adalah rakan niaga
Komited ke arah Kecemerlangan
Commited to Excellence
- Menanda aras kepada terbaik
- Memastikan kesempurnaan
- Komited menjadi yang terbaik
Nilai Profesional
Professionalism
- Kompeten dan beretika profesional
- Kejujuran memupuk kepercayaan
- Berpaksikan prinsip
Synergy Berpasukan
Team Synergy
- Semangat setiakawan dan kerjasama
- Kesepakatan untuk mencapai yang terbaik
- Berkongsi tanggungjawab, raikan kejayaan