Search
Close this search box.

Identiti Korporat

Sejarah kami bermula sejak 50 tahun dahulu. Sejajar dengan peredaran masa ini, terbit pengalaman dan pemahaman kami terhadap kepentingan komunikasi dan mengekalkan jenama yang konsisten.

Logo PKNS menggambarkan misi, visi dan komitmen yang tinggi sebagai sebuah badan korporat yang berwibawa.

Perkataan “Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor” yang ditulis dalam tulisan Parsi-Arab menyerlahkan keperibadian kami yang kuat.

Sebagai agensi utama bagi pembangunan Selangor, PKNS menerapkan lambang negeri dalam logonya.

Unsur dalam lambang tersebut menggambarkan falsafah dan aktiviti PKNS

Perkataan “PKNS” pada logo merupakan sangga falsafah dan aktiviti PKNS, sejajar dengan objektif penubuhannya

PKNS Logo

Kata kunci telah dibangunkan sebagai sebahagian daripada inisiatif penjenamaan baharu PKNS untuk membantu menekankan semua kolateral kami dengan rekaan yang konsisten dan memukau demi memacu jenama kami ke hadapan.

Kata kunci ini diterbitkan dengan mengambi kira ciri paling penting dalam nama PKNS: “K untuk ‘Kemajuan’” atau pembangunan/pertumbuhan. Perkataan ini ialah kunci yang menzahirkan intipati, budaya dan menggambarkan peranan utamanya dalam pembangunan Selangor.

Intipati
Fleksibel, dengan gaya dan reka bentuk moden mencerminkan peribadi PKNS yang kuat, canggih dan berwibawa.

Budaya
Warna (merah, biru dan kelabu) menyuntik sifat dinamik, berintegriti, tegas dan stabil.

Peranan Utama dalam Pembangunan Selangor
Bentuk yang sedikit condong ke atas menggambarkan pertumbuhan dan kemajuan yang meningkat dan mencerminkan usaha PKNS sejak dari awal dalam menerajui pertumbuhan pesat di Selangor

Skip to content